LOGO AL-AMIN





Nama Al-Amin
Nama Institusi ini diambil daripada gelaran yang diberikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kerana sifatnya yang amanah.

Bentuk Bulat
Logo yang berbentuk bulat melambangkan Islam yang syumul (universal). Warna biru pada bulatan luar merupakan warna rasmi sekolah yang melambangkan kecintaan kepada Allah dan Rasul. Warna hijau pada bulatan kecil pula melambangkan kemegahan. Islam

Kaabah
Kaabah adalah sebagai lambang wehdah (kesatuan) ummah dalam aspek ketauhidan dan pengibadatan. Warna putih dan kelabu pada kaabah melambangkan tujuan hidup manusia adalah untuk beribadat kepada Allah tanpa mengira waktu siang atau malam.

Tulisan Iqra'
Tulisan Iqra' yang tertera di atas Al-Quran membawa erti 'Baca' - menekankan kepentingan menuntut ilmu yang membawa kepada keimanan dan kebaikan di dunia dan akhirat sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-'Alaq.

Al-Quran
Al-Quran yang terbuka membawa erti generasi yang hendak dibina oleh Al-Amin adalah generasi yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pegangan hidup yang abadi. Warna putih pada Al-Quran melambangkan fitrah kanak-kanak yang dibentuk adalah suci bersih.



Halaman Awal Seterusnya