Persatuan Ibu-bapa dan Guru Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur adalah merupakan antara bahagian terpenting di dalam keluarga Al-Amin. Melalui persatuan ini, ibu-bapa telah dapat memberikan banyak sumbangan bukan sahaja di dalam bentuk tenaga, masa dan kewangan tetapi juga dalam bentuk buah fikiran, inspirasi dan sokongan moral.Sejak tertubuhnya persatuan ini dari awal iaitu bersama tertubunya Al-Amin sendiri, di bawah pimpinan pengerusi pertama Hj. Abdul Karim Taib, banyak kemajuan telah dicapai, dengan izin Allah, yang telah memungkinkan pengembelingan tenaga penggerak-penggerak Al-Amin yang terdiri daripada para pendidik, ibu-bapa dan masyarakat sekeliling.
Alhamdulillah diharapkan semoga sokongan padu daripada semua pihak yang telah terlibat selama ini akan berterusan lagi untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Islam yang bersepadu.
Saya mengucapkan syabas kepada semua pendidik-pendidk Al-Amin dan didoakan kerjasama erat dengan ibu-bapa selama ini akan dapat diperkukuhkan lagi. Wassalam.