Di kesempatan yang ringkas ini saya mengajak dan menyeru semua pendokong-pendokong Al-Amin agar dapat memberi kerjasama yang erat dan padu untuk mempertingkatkan lagi sistem pendidikan Islam. Kita berharap akan membentuk pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Diharap mereka ini akan lebih berani tampil ke hadapan dengan semangat kental serta penuh keyakinan dengan mengatakan untuk membuat apa sahaja perubahan demi kebaikan dan kesejahteraan Islam serta umatnya yang sentiasa menanti agar dipimpin dan dibimbing seterusnya berjaya menemui Allah dengan hati yang tenang dan tenteram. Itulah harapan dan idaman kita bersama. Akhirnya marilah kita berdoa agar Allah sentiasa memberkati kita semua. Wassalam.