Sudut kreatif adalah ruangan yang disediakan untuk karya-karya pelajar-pelajar di Pusat Pendidikan Al-Amin. Sesiapa yang berminat boleh hantarkan ciptaan anda kepada:

Sudut Kreatif
al-amin

Lahir Muhammad di Kota Mekah
Pemimpin umat seorang Rasulullah
Kepada manusia menjadi qudwah
Akhlaqnya matlamat sebuah sekolah

Sekolah Al-Amin nama diberi
Sempena akhlak Rasul terpuji
Amat mementingkan budi pekerti
Inilah matlamat sedang dicari

Sekolah rendah tertubuh sudah
Muncul pula sekolah menengah
Perintis pertama berjaya sudah
Kini menanti segulung ijazah

Sekolah Al-Amin sekolah berwawasan
Ke arah melahirkan generasi Al-Quran
Al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan
Ke arah menjadi sekolah teladan

Syair oleh   Muhammad Nazril Laharadi & Muhammad Iqbal Muhammad

Joke' Corner
Save Money
Rahim : Dad, would you like to save some money?
Dad : Okay.Do you have any suggestion?
Rahim : Well, you can buy me a bike so I wont't wear my shoes so fast!

The Pies
Mother : Did you eat the pies that I baked?
Sarah : I didn't touch one.
Mother : But there's only one left.
Sarah : That's the one that I didn't touch.

Break Arm
Nazmi : How did you break your arm?
Mazni : See those steps?
Nazmi : Yes.
Mazni : Well, I didn't.

oleh
Megat Mohammad Megat M.Amin
Ting 4 Salahuddin 96

tAke A bReaK!!
S.M.I.A.A.
oleh Sabiha Abdul Jalil
Ting 4 Salahuddin 96
S.M.I.A.A.
Begitulah ulungnya namamu
Bangunanmu
Berdiri dengan megahnya
Mengendong seribu jasa
Menerima puteri-puteri di mentari pagi

S.M.I.A.A.
Kau begitu agung
Melintasi detik-detik masa
Di sebuah penjuru alam

S.M.I.A.A.
Kau disanjung
Di celah-celah bibir
nan basah
Kau, ku semadikan
dalam sanubariku

S.M.I.A.A. ku......
Aku adalah pengembara buta
Berilah daku sinaran sucimu
agar ku dapat mengecap sekilat cahaya.
Kau adalah lambang
Sinaran cahaya pada .....
jejak dan langkah
kembara alam....


Halaman Utama Seterusnya