TABUNG PEMBINAAN Sekolah Rendah Islam Al-Amin
Sepatah dua kata dari Pengerusi J/K Tabung Pembinaan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Islam Al-Amin
IR Hj. Mahabot Suib
Rayuan Derma Tabung Pembinaan Sekolah Al-Amin

Sayugia dimaklumkan bangunan-bangunan sekolah yang dibina di Kompleks Al-Amin Gombak di Sungai Pusu Gombak adalah untuk menampung pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak, Sekolah Menengah Islam Al-Amin dan juga Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun disebabkan ruang yang terhad di Gombak dan tambahna pula kita masih diberi peluang untuk menyewa bangunan empat tingkat yang terdapat di Jalan Enggang 4 Taman Keramat, buat masa ini Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur masih terus beroperasi di tempat sekarang.

Sebagai langkah persediaan, kerana kita telah pun dimaklumkan bahawa pemilik bangunan tersebut berhasrat untuk menjualkannya sedikit masa lagi, adalah penting bagi kita membuat persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya diarahkan keluar dari premis tersebut. Seandainya kita tidak mampu membelinya atau Lembaga mengambil keputusan untuk tidak membelinya disebabkan masalah lokasi yang kurang sesuai dalam jangkamasa panjang, maka pilihan yang ada hanyalah menerima kenyataan anak-anak kita dari Taman Keramat ke Kompleks Al-Amin di Gombak. Persoalannya sekarang adakah kita telah bersedia dengan bangunan-bangunan dan kemudahan asas yang mencukupi untuk menampung hampir 670 orang pelajar lagi untuk belajar di premis yang telah sedia sempit. Proses perpindahan ini akan menyulitkan semua pihak sekiranya kita tidak sungguh-sungguh serius menyediakan tempat yang mencukupi dari sekarang.

Menyedari hakikat ini maka Jawatan Kuasa Tabung Pembinaan merayu semua ibu bapa ketiga-tiga sekolah supaya bekerjasama menjayakan kutipan derma bagi membina sekurang-kurangnya sebuah lagi bangunan 4 tingkat di Gombak. Keperluan bangunan tambahan yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta itu adalah amat mendesak sekali dan diharapkan tuan/puan dapat menghulurkan serma ikhlas dan diharap berusaha untuk dapatkan sumbangan dari individu-individu dan para dermawan yang dikenali.

Brosur boleh diperolehi di pejabat Pengetua sekolah.

Setiap derma dan sumbangan apa jua yang tuan/puan berikan akan dirahmati oleh Allah SWT.Wassalam.

AJK Tabung Pembinaan Sesi 2000/2001
Pengerusi IR Hj. Mahabot Suib
Timb. PengerusiHj. Azahari Abd. Kadir
SetiausahaEn. Ismail Jusoff
BendahariEn. Razmi Alias
AJKEn. Zahari Samat
AJKEn. Ahmad Tarmizi Muhammad
AJKHj. Hussein Mohd Kari
AJKEn. Mohd Zukhri Che Mat Zain
Tempoh Pungutan
Sukacita dimaklumkan pihak JHDN telah bersetuju melanjutkan tempoh kutipan sehingga 22/1/2001 dan had maksimum telah dinaikkan dari RM2 juta kepada RM3 juta.

Ringkasan Jumlah Pungutan 1991 - 31/1/2000
Tempoh berakhirJumlah Kutipan(RM)
31/1/92130,741.00
31/1/93 152,441.00
31/1/94247,462.00
31/1/95 230,510.00
31/1/96106,438.00
31/1/97174,218.00
31/1/98292,406.70
31/1/99 14,635.00
31/1/200033,849.08
JUMLAH1,382,700.78

Projek Semasa
Pihak sekolah telah menyiapkan blok 4 tingkat kedua bagi menempatkan asrama, rumah guru dan musolla bernilai RM1,047,804.30

Projek berikutnya adalah pembinaan banguna 4 tingkat yang ketiga. Pakej ini memerlukan akan menelan belanja sebanyak RM1.3 juta.

Alamat hubungan:
TABUNG PEMBINAAN
Sekolah Rendah Islam Al-Amin
Lot 1, Lorong Enggang 4,
Taman Keramat
54200 Kuala Lumpur
Tel : 03-4516157/4576167
Faks : 03-4522085

Halaman Utama Seterusnya